Thursday, September 27, 2012

sEsumpAh dIsumpah oLeh pEnyumpAh


sesumpah disumpah menjadi sesumpah.
sesumpah bersumpah kepada semua sesumpah agar
menyumpah sesumpah yang bersumpah kepada sesumpah.
sesumpah disumpah disumpah agar menyumpah.
sumpahan sesumpah kepada sesumpah yang bersumpah kepada sesumpah disumpah
agar menyumpah sesumpah yang disumpah.
sesumpah disumpah dan dipanggil sesumpah.


.................................
.................
........
...
.

rasa nak sumpah susah nak faham :p



                                                                              

Sunday, September 23, 2012

TO'KI - Hampa




HAMPA?

heeee x sangka ramai gilak yang suka lagu ni. ingat aku sorang je..

LAYAN~ 

aku suka lagu ni, bukan bermakna aku tengah frust
tapi syok dengar alunan dye 
feeling abis 

Saturday, September 22, 2012

sila bayar hutang anda wokeyyy

salam pagi ahad...

bercerita tentang hutang ni..saya teramatlah geramnya kepada orang yang berhutang tetapi tidak mahu membayar hutang. sanggup mereka melarikan diri setelah saya memberikan pinjaman wang. tergamak mereka buat saya macam ni :(

kenapa saya cakap mereka?

sebab bukan seorang yang buat hal ni, tapi dua orang.
dua orang pun, kalau hutang dah beratus2, tetap banyak okey...

teringat saat mereka mencari saya dan mengadu masalah kesempitan wang..

PEMINJAM A :
dia mesej saya cakap nak beli buku.nanti bulan depan dia bayar semula bila ayah dia dah bagi duit. masa tu malam, dalam pukul 8.30 malam. dia nak pinjam RM 150, tapi masa tu saya cuma ada RM 100 je. saya pun apalagi....terus suruh adik lelaki saya pergi bandar  (rumah saya kat kampung je) time tu juga. bila dah bankin, dia ucap terima kasih...saya pun ok je masa tu. tak ada syak apa-apa. almaklumlah, dia junior saya masa sekolah. tup2 sebulan-dua bulan-setahun-dua tahun! dia senyap! no fon ditukar.fb deactive.pehhhhhhhhhh memang terbaik! 

PEMINJAM B :
saya nampak dia dizalimi petang tu. melimpah ruah rasa kasihan. tapi saya tahu, dia tak tahu saya nampak kejadian petang tu. esoknya, dia cakap nak pinjam duit untuk bayar sewa rumah. dia nak pinjam RM 600. saya cuma boleh pinjamkan RM500 je. tapi entah macam mana saya ni baik hati sangat, bagi jugalah RM 600 cash. saya rasa lega sebab dapat tolong dia. tup2 dua bulan. saya sabar menanti. sabar, sabar dan sabar sampai sekarang, saya fedup. dah nak masuk 8bulan wokeyy! saya call tak angkat, saya mesej tak balas. geramnyeeee!!!!!!!!

kenapa mereka buat saya macam ni?
salah saya keee???

cukuplah dua orang ni yang buat saya macam ni.
saya tak akan jadi baik lagi dengan bagi pinjam wang kepada siapa2. 
S.E.R.I.K


Berdasarkan maksud ayat 23 hingga 39 surah Al-Isra':
jika seseorang tidak membayar hutang, tiba-tiba ia meninggal dunia maka langit 
dan bumi tidak akan menerima rohnya walaupun roh itu milik seorang yang berjihad. 

Dalam sirah Rasulullah SAW, pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk 
disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening dan bersabda: “Subhanallah... subhanallah, betapa beratnya yang diturunkan.” Seorang sahabat Ibn Jahsh berkata,  “Kami memperhatikan keadaan Rasulullah itu tetapi kami diam, sehinggalah keesokan harinya saya bertanya kepada Baginda, “Apakah keberatan yang diturunkan 
itu?”Rasulullah lalu menjawab, “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang 
terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup, kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya.”(RiwayatAn-Nasai).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya : ""Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: "Sesungguhnya Rasullullah pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Friday, September 21, 2012

me as a officer :)

Assalamualaikum....salam sejahtera...

chipsmore!

itulah saya..

macam mana boleh jadi chipsmore??

haaaa........


wokeyyyh inilah saya yang sedang menerima panggilan....
heee posing je 2!



                              ini juga sayalahhh :)

saya dah habis belajar laaa..
habis je praktikal, saya terus balik rumah..maklumlah masa tu tinggal sehari je lagi nak raya..
lepas raya, duk 2 minggu kat rumah. pas tu terus masuk keje kt klang, continue service...so inilah keje sementara saya sekarang :)

*sape2 duk area klang, mai la melawat saya kat sini...hehehe