Monday, June 6, 2011

semalam baru berCINTA, hari ni dah KAWEN:)

hai baru nak cite pasal cinta dah sibuk nak plan kawin? haha bukannya apa, tadi sesaje la kan bukak facebook, than sesaje jugak search butik2 kt malaysia ni..2 yg jumpe butik pengantin impian kasih, dr penang...belek2 album dye, memang mablesss ar:) jejalan kt album 2 la terjumpa pasal anggaran budget utk perkahwinan, yg ditulis sendiri oleh owner page butik ni..so kt sini aq nak share la pasal anggaran budget 2...

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab...2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin
Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin
Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran
Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi
Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7. Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin
Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

9. Baju pengantin
Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Mak...
lumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10. Kad kahwin
Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. ...
Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Sumernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13. Juru gambar
Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…
15. Honeymoon
Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin sumer… sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan sumer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!


so ape tunggu lagi? rancanglah dr sekarang:p harga barang pon makin naik kan..hhehe

Friday, May 20, 2011

3 lokasi femes mencari cinta

bukan mudah untuk mendapatkan cinta. dan bukan mudah untuk mencari cinta sejati. bagi yang baru bercinta, pasti sedang melalui detik2 indah. bagaimana pula dengan yang sudah lama bercinta? itu terpulang pada diri masing-masing. jika benar kita mencintai pasangan, maka tidak kisahlah berapa lama pun cinta korang, pasti akan rasa berbunga33 lagi kan..( macam aq ni baru je nak masuk 5 taun..ape prasaan?? heheeh)

ok kat sini aq senaraikan lokasi2 mencari cinta ( yg femes@ kerap berlaku )

- sekolah @ universiti : tempat paling femes la ni kan..sambil belajar, cari jodoh ye orang kate...

- seminar @ program : program contohnye program motivasi , seminar kenaikan pangkat , dan  ape, haa mase ni la ade yang curi-curi pandang pas 2 tercuri hati orang!

- internet : bagi yang dah terlalu taksub ngan permainan cyber, kadang2 boleh terjebak dalam kes cinta ni..

Lu0ve awak :)

Anys....memang x sah law sehari x rindu kat dye...dan memang x sah law x tepon dye 3,4 kali dalam seminggu...setiap mesej dari dye aq simpan..saje wat suke gembire..pengubat rindu..

ni mesej mase aq minta dye doakan aq agar lulus renang...17mei 2011..

ude   :  ude ade ujian renang malam ni. anys doakan ude lulus ye sayang..

anys  : ok.anis doakan. tapi dengar ( dengan ) satu syarat.ye.ude kena buat 
         betul-betul.

ude   : terima kasih sayang. tapi tadi tak dapat berenang sebab hujan..

anys  : sama-sama. kat sini pun hujan. sayang ude.

ude   : sayang anis juga. hari ini ude tak kerja sebab adik-adik ude pun cuti
         sekolah. bes tau jadi cikgu.

anys  :ye.lah ude. anis pun cuti sekolah.alamak anis telumpa ( terlupa ) nak
         basuh kasut lah.

ude   : tak payah basuh kasutlah sebab cuti 1 hari je kan. nanti hari sabtu je
         basuh, ok?

anys  : ok ude.

akronim mase skola

kalau dulu mase skola rendah, suke sangat men tulis2 akronim..ntah mne ar dorang dapat, sampai aq pon terikut2...ni antre akronim yg aq ingat..

               C - Cinta
               I -  Itu
               N - Nikmat
               T - Tapi
               A - Awas

                                         B - Bersedia
                                         U - Untuk
                                         K -Ke
                                         U -Universiti

                                                                           B - Buat
                                                                           O - Orang
                                                                           L - Lupa
                                                                           A - Allah


Wednesday, May 18, 2011

hari kedua kamie

hehehe sebenarnya bukan hari kedua...tapi baru hari pertama!
sebabnya masa hari isnin 2 kan kami kat Rumah 1..kali ni kat Rumah 4 pula..

ok nak cite rumah 4..
mule2 2 memang dorang sume takut2 ngan kiteorang..tp aq sorang dak ni, iman namenye...peramah terlebih suda...hehe satu ditanya, 1000 yang dijawab..kerana dia, kawan2 yg lain pun ikot berani2kan diri untuk datang kat aq..

x sampai 2 jam, 15 orang kanak2 da boleh menerima aq...memanggilku mama...aq menerimanya, cuma kadang2 aq membetulkan panggilan 2. sebab aq mahu digelar ummi,bukan mama. aq x marah, sekadar menginggatkan mereka. dan mereka boleh menerimanya, cuma kadang2 tersasul panggil mama gak...

walaupun baru pertama kali bersama mereka, alhamdulillah aq dapat buat dorang rase selesa ngan aq..dan sebagai balsannye, aq berjaya menginggati nama2 mereka..

- iman
- muazim
- reez mikail
- emir
- hafiz
- adam
- amilyn ( adik )
- hardina
- rania
- aisy
- farisya*
- farzana
- syafika
- dedek ( name sebenar x dapat dkenal pasti....)
- nurel nadra
- fasya*
- damia*
- ainun
- iman

daripada 19 orang ni, yang hadir tadi 18 orang..iman, name yg last 2 xhadir:P


* kanak2 yg bertanda star ni ialah mereka2 yg masih belum bermesra denganku walau hanya sepatah kata..

Monday, May 16, 2011

16 MEI 2011

Hari ni adalah hari pertama aq praktikal kat TASKA TNB BANGSAR..

dan hari ni adalah kali kedua aq g medical checkup kat HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN

dan yang paling penting.....

hari ini adalah HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru, pensyarah, ustaz dan ustazah di MALAYSIA..

puisi GURU ini amat terkesan di hati aq....bacalah..dan selami isi hati..

Guru O Guru

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(USMAN AWANG, 1979)


Wednesday, May 11, 2011

K.E.L.I.R.U & M.E.N.T.A.L

x lame je lagi aq nk praktikal kat tadika tnb bangsar..
dan
x lame je lagi aq akan ditauliahkan sebagai leftenan muda dalam psstldm...


tp sebelum menggapai pangkat leftenan muda 2..macam2 dugaan dan halangan terpaksa aq lalui..
yang paling mementalka aq...bila tarikh medical checkup 2 nanti akan bertembung ngan tarikh first aq praktikal...PO bleh plak cakap yg x g medicalcheckup x tauliah terus????
Ya Allah.....aq x sanggup nak belakangkan praktikal aq....kenapa semua orang x faham....
kalau orang lain pun sanggup ke nak amik cuti praktikal semata2 nk g medical checkup 2???
sanggup ke??????????

mental kedua bila PTI cakap PDL ( pegawai dalam latihan ) yang x lulus renang x boleh tauliah...
waaaaa banyak sedihhhhh
3 taun hadapi perit manis dalam palapes, tibe2 x ley tauliah sebab x lulus renang?



ohhhh M.E.N.T.A.L....

dah la....law banyak sangat halanganya....mungkin......
mungkinnnnnn
aq terpaksa melangkah KELUAR BARIS walau di saat terakhir:(



Saturday, April 23, 2011

RM7.70 PON KECOH!!!!!!

ISHHHHHH GERAMMMMM
NAK TAMPAR3
TAMPARRRRRRR AIRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



erggggggggghhh awat kecoh sangat???
RM 7.70 je pon!
aish x paham aq


UM anta surat kat umah...pasal masih berhutang ngan dye..
x suke ar cmni...bkn aq sorg je yg x suke..
ramai lagilah!!!
bile surat sampai kt umah,
mstilah mak ayah bace ( bg stuasi aq, mak aq jela yg bace...)
ps 2 mesti dorg risau ank dorg x cukup duit..
alahai um...
x pk ke bnde ni akn wt ati mak ayah kteorg susah??
dala x sume plaja um ni kaye2, org berada..
tolonglah jangan myusahkan mak ayah kami plak....
bagi plaja cm aq, aq berusaha sedaya upaya nk cari duit sendiri,
x mo mak aq anta duit tiap bulan...
aq sedih law mak aq susah ati
aq xnk susahkan dye...
- menangis aq sendiri -

bacalah walau hanya 1 minit

disebabkan kemalasan utk belajar, aq tergerak hati untuk membaca portal dinar emas, yg disyorkan oleh mbe aq ni...bace 1 artikel..kmudian beralih pd 1 artikel....

bace dan cuba fahami....

untuk kalian, marilah sama2 terjah portal dinar emas...
penting! sila baca dengan hati yg berpegang teguh pd agama ISLAM
ALLAHUAKBAR!!


kamu akan menemui sesuatu di situ!

Thursday, April 21, 2011

blog kem kela

kem kela pon wt post tuk kiteorg gak!!
teruja..
thankx cik azmi:)




* ni ha blog dak x cukup umo yg msuk plapes laut 2
t time tauliah sy bulan 7 ni, cik azmi & de geng dtg la yer...
bg adiah...huhuhuhu:)

tugasan ke kem kela

ni plak ke kem kela...dr 7-8 april 2011..tujuan asal, untuk asgment di tadika org asli pos buntu, so da alang2 ke sini, kteorg wt la skali aktiviti kt kem kela ni...utk tugasan ni, kteorg perlu menghias sudut2 kt tdika 2 mgikut tunjang grup maisng2. grup aq dapat tunjang kemanusiaan...so lets see de pic:)

Dr Mariani, pensyarah kami...turut beramah mesra ngan dak2 tdika..

 sebahagian budak kelas aq:) teacher to be..yeah!

kteorg dpt sudut tepi..ni keadaan semasa...sebelum ' disentuh ' 


dan selepas ' disentuh '...........................
jeng3.................
..............
.........
...





kreatif x???????????? heehe poyo! 


krew2 yg terlibat

sempat bergambar kat mural yg baru siap dibuat..oleh geng2 melukis & mwarnakan mural 

ohhh chalet yg paling besa...bleh muat 40-50 org, tp kiterorg duk 13 org je..haha

daaaaaa
petang kiteorg de ar wt aktiviti flying fox, meniti laluan ' hangat '...
malam lak wt bbq, tuka adiah, ptandingan teka teki...
pg esoknye lak, aktiviti kayak..beshhhh!!
tp yg paling besh spanjang duk kt sne
dapat makan durian!!
sedap!
durian dan bubur durian!!
wahhh sgt3 mavellesss:)

bila navy um berlabuh di pd

ini cerita lama..hahaha
x sempat nk update..
water confident kat pantai saujana, pd
kiteorg g mse 26 mac 2011..
x mo cite byk...tgk saje pic2 di bawah...


muster dulu...yg baju klabu, snior, biru 2 junior dan yg putih 2 kadet..ni yg tercacak kt dpn ni pgawai...bru je tauliah taun lps


 
lari dulu 4 pusingan..huhu


jumping jack exercise 3o times bla bla bla....


push up exersice, 3o times.....( kt cni pon kne pushup..adeh! cadet can fly~)

 bermulalah....

kmesraan kami...senio, junior & kadet~ serunutx~

makan time~

kadet2ku...
junior....hehe stil lg duk bwh pokok..

senior??? haha sume pakat dok atas ler....:)


ok yg di bawah nie bkn geng galley ye...sje nk pose amk gmba:0


Friday, April 8, 2011

Letupan Gamma 11 hari

TERKEJUT ngan berita ari ni..LETUPAN GAMMA!
Oh ape yg terjadi sebenarnye? rase takut menyelubungi diri..petanda2 awal kiamat...Ya Allah....

Letupan Gamma 11 hari bingungkan saintis







LOS ANGELES - Letupan kosmik di galaksi yang jauh dari Bumi berlanjutan selama 11 hari telah membuatkan para saintis astronomi berada dalam keadaan kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan itu berlaku kerana letupan sinar Gamma biasanya berlaku hanya beberapa jam.
Letupan Gamma luar biasa itu dirakamkan satelit Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 28 Mac lalu.
Namun, para saintis bingung kenapa kesannya boleh berlanjutan begitu lama.
Lebih seminggu kemudian, mereka masih boleh melihat radiasi berkuasa tinggi terus muncul dari galaksi tersebut. Letupan itu mungkin disebabkan oleh sebutir bintang yang terpecah selepas berada terlalu hampir dengan satu lohong besar di angkasa lepas.
Sejak ia berlaku, Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Chandra X-ray memberi fokus terhadap kesan letupan itu.
Hubble akan memantau sama ada kerak galaksi akan berubah tahap kecerahannya pada tempoh beberapa hari lagi.
Galaksi itu terletak 3.8 bilion tahun cahaya dari Bumi. Setiap tahun cahaya dianggarkan sejauh 9.65 trilion kilometer.

lihatlah manusia...betapa Allah menunjukkan kekuasaanya satu persatu..

* sumber dari kosmo online

P.E.N.A.T

semalam kul 8.30 malam aq da tertidur...peeeenat sgt3...ape x nye, blek dr pahang terus je g medical checkup utk pentauliahan palapes...pkcik bas turunkan kt bgsar..ohh dengan x malunye aq teruskan perjalanan...sangat selekeh time 2!! lantak laaaaa..
penting aq sampai gak kt hospital tengku mizan.dr lrt bgsar, trus ke wangsamaju..sampai situ, PO akhbar yg amek.

wt ujian air kencing...amek darah ngan xray..

emm tataw la pe keputusannye nanti..bb ngah penat kn, msti ade efek kt darah..air kncing lak, mmg x proper la aq amek..sebab..heheh xley cite, malu!

Monday, April 4, 2011

kisah mate, hati dan otak

tataw la ape yg aq fikirkan sangat sampai malam tadi tak tidur langsung...pejam mate, fikiran melayang lagi....bukak mate,tgk jam....

3.00 pagi..

5.00 pagi......

6.38 pagi..........

7.03 pagi..............

ohhhh da terlalu lambat untuk tidur...lagipun mate masih belum mengantukkk

bangun dan mandi...terus bersarapan...

kelas lambat lagi...1.30-5.00 petang..

bosan cmni, kelas petang2, mengantuk...
emmmm serba tidak kena

mate, cepatlah tidur!!!
aq perlukan rehat+ tenaga...jap g nak belajar cmne law mengantuk nie?

********

hati   : kenapa u ni mate? u ade masalah ke?

mate : emm xdela..i ok..cuma u je yg x ok.

hati   : eh i plak??

mate : yela u yg bermasalah. sebab u la i tak dapat tidur.

          hati terdiam. diakah yg bermasalah? tiba2 otak menyampuk.

otak  : i penat. macam2 i fikir.

          mate dan hati berpandangan. ketiga2nye mencari penyelesaian. otak memainkan peranan. tapi satu penyelesaian pun xdapat.

hati   : kalau macam ni, kita ambillah mase utk rehat. mate, u tidur ok? otak,u
          pun rehat. jgn fikir yg bukan2. cube tenangkan i. bile u tenang, mate
          pun tidur, pasti i pun dapat rehat 2. lepas 2 barulah otak dapat berfikir
          dengan baik ye..

otak dan mate : baiklah kami setuju. sedia menjalankan tugas. i luv u my  
                       heart!

Al-Fatihah untuk arwah uteh (PERNIM)

Berita ni baru je aq terima petang tadi. mase AGM PPAKKUM..

Al-Fatihah~

Uteh, kanak-kanak berusia 11 tahun, yg menduduki PERNIM. Arwah sangat kurus dan pendiam. Teringat ketika pertama kali kali kami bertemu, sewaktu Majlis Berbuka Puasa PAKK bersama Anak-anak PERNIM ( 23 Ogos 2010 ). Mama ( penyelaras PERNIM ) memperkenalkan Uteh sebagai kanak-kanak yg menghidap penyakit ........., namun telah berkesempatan menunaikan umrah@ haji ( tak pasti yg mne 1 ). Mase 2 menurut mama, alhamdulillah Uteh masih dipanjangkan umurnya, kerana sebelum 2 doktor ade bagitau jangka hayatnya tinggal bape bulan je lagi.

kali kedua kami bertemu, sewaktu aq dan beberapa orang kawan pergi ke Majlis Rumah Terbuka anjuran PERNIM. Memang meriah mase 2. dan aq rase bertuah kerana sempat berkenalan dengan Uteh, dan berkongsi cerita dengannya. Uteh xnk campur dengan sesetengah orang. sebab mase kat bilik rewang 2, aq yg temankan dan makan ngan uteh. ps 2 ade ar dak2 fakulti sains yg wt khidmat masyarakat kt situ nak kenal2 n mendekati dye, tapi uteh xnk..uteh x selesa..dan aq jugalah yg memujuk uteh dan terangkan kt dak2 2 yg uteh xsuke diganggu macam 2..terasa diri ni bertuah sebab uteh sudi bercakap dengan aq. cume 1 hasrat x tertunai, nak bawa Uteh balik kampung aq....:( mase 2 Uteh setuju, cume dye cakap kena mintak izin mama dulu. aq pon setuju je cume lum bagitau mama....
tapi sekarang.....
aq x dapat penuhi hajat 2....
Uteh dah kembali ke Rahmatullah.....
rase sedih sangat....
Allah lebih sayangkan dye...biarlah...daripada dye terus menderita sakit...
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA...

UTEH...
akak minta maaf banyak2 andai mase kita berbual 2, akak tersilap kata or perbuatan kat uteh...dan akak juga minta maaf sebab tak sempat tunaikan hajat akak...akak rase terkilan...mungkin juga silap akak sebab tak amik peluang mase hayat uteh..maafkan akak..akak dan kawan2 mendoakan kesejahteraan uteh..smoge uteh tenang DISANA...kalau mama izinkan, insyaAllah kisah pasal kita dan anak-anak PERNIM akan akak abadikan dalam penulisan akak...

Al-Fatihah sekali lagi bwt arwah Uteh~semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...amin...

Sunday, April 3, 2011

berdiam aka bercuti...

seperti yang dimaklumkan tadi, aq da lame x jenguk blog..ade ar dalam 3 4 ari..walaupun tak semeriah blog lain, aq tetap mahu meluahkan pasaan aq kt sini..kadang2 je aq menulis kt kertas..2 pon law aq ade idea nak mengarang cite yg aq buat 2...alhamdulillah sekarang da makin siap...x saba rasenye nak publish dan tengok sambutan kat novel sulung 2 nanti...
oh seperti tajuk en3 yg dinyatakan, aq bukanla sengaja berdiam suke2 or bercuti ke ujung dunia...
cuma...
cumaaaaa
aq jatuh sakit...
sikit je...
sekarang da ok sikit...
ohhh patutkah aq bagitau kat siniiii????
tidakkkkkkk
nhaz kan orangnye perahsia kan3???
ok stoppp
daaaaa*_^

Sunday, March 27, 2011

UMMI AN-NISA' vs UMMU HAYATI

ini cerita masa aq col anys baru2 ni..

memandangkan kami akan dapat anak saudara yg pertama dalam keluarga, jd masing2 da sibuk cari nama gelaran utk dipanggil kpd si anak buah. aq, memang da lame berhajat nak digelar ummi. kepada semua kanak2. nant bile da ade nursery sendiri pin aq still nak dorang panggil aq ummi. tataw la nape aq suke sgt pggilan ni. anys plak, ntah nape turut mahu dpanggil ummi. alahai si kecik niiii..aq ade gak cadangkan supaya dye dgelar 'untie anne', 'mak usu', ataupun 'cik nisa', tp dye xnk...nak gak panggilan ummi. sampai berebut2. last2 dye cakap " ala ude jadi ummu la...ummu hayati "..ps 2 dye siap nyanyikan lagu ummi versi arab 2. cuma panggilan ummi ditukar kepada ummu....eiiii saba jela..huhu
last2 aq mengalah.."ok la anys jadi ummi an-nisa', ude jadi ummu hayati.."
hehe sedap gak kan ummu hayati 2??
UMMI AN'NISA' vs UMMU HAYATI

Saturday, March 26, 2011

titik gempa semakin menghampiri

law xde aktivit pagi2, rutin harian aq bace kosmo online..jimat sket..huhu
tp ade satu berita yg mengejutkan aq.

Titik gempa hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

ohh lihatlah!
betapa Allah semakin mengingatkan kita akan kematian.
namun mengapa manusia sering sahaja lupa dan leka dengan amaranNYA?
macam2 kejadian Allah dah tunjukkan. untuk kita sama2 menginsafi diri dan mendekatkan kita padaNYA. namun masih jua hati ini berbuat maksiat kepadaNYA...
tidak pernahkah kita berfikir, segala kejadian besar itu merupakan amaran Allah kepada masyarakat yang sentiasa melakukan maksiat?? sebagai contoh, kejadian semasa zaman Nabi Luth a.s, dimana masyarakat ketika itu mengamalkan homoseksual hingga Allah membalikkan kawasan di situ, hingga wujudnya Laut Mati..
ohh insaflah wahai diri, wahai bangsaku, wahai umat Nabi Muhammmad...

pas KL SENTRAL, MRR 2 plak!

kamie dingin lagi...huhhuhu
da 3 ari kot x msg..mse mkn td, godeh2 blog skali..tbace la cite psl clash2 nie....haha skali.....msg bbunyi...dye bg....hehe i likeeee!
tp....
tp.......
dye bgtw....
dye jtuh moto lg...
kali ni kt MRR2...
hmmmmm ari 2 kne  kt dpn kl sentral
ari ni kt MRR2 plak
sje je kn nk owg msg....ish hampeh je!
heeeee*-$

* sori la i cpt snsitip smenjak due menjak nie...

Friday, March 25, 2011

mimpi ibu muda...

sayang...maafkan ibu nak..ibu terpaksa lakukan ini semua..ibu terpaksa sayangku....

ibu muda itu merintih lagi. dia mencangkung sambil mengusap2 perutnya yg sedikit membulat.
dari matanya, tidak henti2 mengalir air yang jernih..
ibu muda itu berdiri. dia sudah bersedia menjatuhkan dirinya di simen. aku semakin bersebar2.
namun belum pun sempat diri itu tersembam ke simen, aku cepat2 menerpanya. kini diriku pula yang tertindih.sakit! aku tidak kisah. ibu muda dan kandungannya itu harus aku selamatkan.

' kak, jangan buat macam ni. berdosa!'
ibu muda itu pada mulanya terkejut. dia menangis lagi.
' akak terpaksa....'

hanya itu yang keluar dari bibirnya..
aku cuba menenangkan ibu muda itu. penuh diplomasi aku berkata. cuba tidak menyinggung perasaannya. hampir sejam juga aku memujuknya supaya mengikutku. akhirnya dia bersetuju.

aku membawanya duduk di taman berhampiran. dia tidak larat lagi untuk berjalan. namun baju labuhnya berjaya menutupi apa yang terkandung di perutnya kini.
setelah berkenalan antara satu sama lain, baru ku tahu akulah sebenarnya kakak dan dia adik! baru berusia 20 tahun...oh adik bangsaku!

"saya tak rela kak. tp dia memaksa..saya x kuat untuk melawan. saya ni dah macam tempat dia lepaskan nafsu saja." dia pula yang memanggilku kakak.
" mula2 dia ade tolong saye gugurkan, tp skg, dia macam dah lepas tangan. dah macam2 kami buat.tp x berhasil. saya buntu. "
" saya tau benda ni berdosa, haram, tp saya terpaksa. kalau saya x gugurkan,ape akan jd pada saya? pada anak saya ni?" dia meluahkan. masa ni aku mula membebel dalam hati..'tau plak berdosa. tp time buat x pk dulu..tp td dye cakap ape? tak rela?? hmmmm'
" saya keliru. nak teruskan atau gugurkan saja. kalau gugurkan, kat mana plak saya nak letak janin ni. saya x tergamak nak buang merata2.tp kalau saya teruskan, macam mana dengan family saya? diri saya? ohhh saya tak sanggup nak hadapi 2 semua kak...."

dia menangis lagi. aku biarkan. bialah dia melepaskan apa yang terpendam. aku pasti, dia keseorang tika itu, tiada tempat mengadu. mungkin aku saja yang prihatin terhadap nasibnya? entahlah...hanya kebetulan?
aku cuba bersikap rasional. cuba mengetepikan perasaan negatif itu. aku berisgtifar beberapa kali dalam hati sebelum memberikan kata-kata nasihat lagi kepadanya.

" macam nilah. adik tinggal dulu dengan akak. jangan risau. adik selamat.nanti akak daftarkan adik kat tempat2 penjagaan wanita teraniaya, macam Raudatus Sakinah. adik akan mulakan hidup baru kat sana. "
dia menggelengkan kepala....alahai ape lagi yang x kena nihhhh??
" saya masih belajar. x lama lagi saya praktikal. skg ni da 5 bulan. time praktikal nanti dah 7 bulan. macam mana? "
"kalau adik tangguhkan praktikal 2?"
"tak boleh. susah."

aku diam. cuba memikirkan jalan terbaik. ohhhh aku pula yg buntu. perlahan2 aku keluarkan kertas putih yg sudah pun renyuk. kertas 2 aku ambil semasa memimpin keluar ibu muda itu dari tempat dia ingin menjatuhkan diri. ibu muda itu kaget. " eh macam mana akak dapat kertas 2??"
aku tidak membalas. sengaja. dia akhirnya pasrah apabila aku mula khusyuk membaca nukilan dalam kertas itu.

sayangku...ibu minta maaf atas segalanya. bukan ibu sengaja menghapuskan kamu.bukan ibu sengaja mencipta kamu. ini semua bukan kehendak ibu. ibu terpaksa. sayangku....lelaki itu sangat tidak berprikemanusiaan. mana tanggungjawab yg dijanjikan? ibu hanyut dengan kata2nya. sekarang ibu yang merana. seorang diri. seorang diri sayangku!
ibu hanya ada kamu. tapi kamu pun terpaksa ibu hapuskan sebelum sempat kamu melihat dunia. ibu terpaksa nak...ibu terpaksa!
ibu sayangkan kamu nak...tunggu ibu ya...

menitis air mataku...tertahan2..oh aku rasa tidak kuat utk melihat ibu muda itu. timbul rasa kasihan di hati ini. aku tahu dia terseksa. kalau aku pula yang berada di tempatnya....ohhhh tidak!!! nauzubillah....
aku terkenangkan kekasihku. sudah hampir lima tahun kami bersama. oh apakah dia benar2 lelaki bertanggungjawab yang akan menyunting diriku sebagai permaisuri hidupnya? fikiranku terus melayang. wajah kekasih muncul lagi........

" kak, kak...." ibu muda itu mengejutkan aku dari khayalan.

" hoi kau ni dah kenapa? "

aku terkejut. wajah ibu muda tadi kucari.
"ha 2 la tidur x ingat kawan!"

aku hanya mendiamkan diri. oh aku bermimpi rupanya?? aku baring semula. cuba kuingati kisah mimpi tadi. wajah ibu muda itu cuba ku bayangkan. kenapa mesti wujud mimpi macam ni?? aku menyentuh perutku. alahai leper je....xde isi langsung! haha             
tapi mimpi tadiiiii.......

menu wajib ke pasar malam

jumaat malam sabtu, mmg de pasa malam kt stesen u ni..so aq ngan mbe aq g la, jalan kaki je...haha dekat xdekat la, lbey kurang 30 minit gak jln kaki 2..kbetulan air xde, so g la blanje kt pasar...

skg ni tataw la npe aq kurang mkn nasik..my nasik kt DM 2 keras kot..huhu
law kt umah, tau ngap je..mklumla kan kt uma, ade ikan masin, wt pyedap rase..ade ulam ulaman...sgt sdp!

law g pasar, ha 3 mkanan fevret ni mst kne beli..keropok lekor losong, rangka ayam ngan air kelapa....ohhhh sy sgt3 like:)
mkn2 cmni pon da wt aq kenyang..xyah mkn nasik. dala jln kaki kn...so scare xlangsung, bkurang lagila lemak kt badan aq ni...ngeh3...


* org cm aq ni, patut kne dibelai dimanje..bio btambah gemuk...huhu..sdey bile org ckp kamu ni kecik sgt laaaa....waaaa sy x kecik!!

Tuesday, March 22, 2011

peningku berbaloi

gara2 menyiapkan asigment Pendidikan Inklusif, kepala aq da tersengat2 kepeningan. ditambah pula dengan perut kosong dari pagi sebab x sempat makan...wah dahsyat tol asigment kali ni..

smalam tidur kul 3, bangun kul 6.30 ps 2 g sapan, sempat makan roti canai sekeping. pas 2 terus sambung wt asigment lagi..
jadi kelam kabut bila kena combine kan ape yg aq da wt ngan mbe aq wt, sebab ni tugasan bpasangan. nak edit2 lagi..da kul bape kan..da siap, g cari tempat print lak. dari satu tempat ke satu tempat, ade je masalah. ade tokei print yg xde kt bilik la, ink abs la, only black n white la...g cc kolej, lorrr mesin printer pon x dapat lagi! aissshhhhh

last2 tpakse gak tebalkan muke g print kat bilik subby( pegawai ). tp 2 pon cume dapat print muke depan yg bwarne. nk print handout, xbleh plak....aduh! tataw la npe bile tuka background, jd blank page plak...banyak kali cuba, x menjadi....
terpaksa balik bilik dan buat semula!

kali ni wat slide background putih je. ok setel. siap2 terus g fakulti. ingatnye sempatla kan nak print n ptostet kat fac, upe2nye x sempat gak....alahaiiiiii
mase dalam kelas, terpakse la curi2 keluar nk g print ngan ptostet, sebab kedai 2 bukak blek kul 2. kelas aq 2 start kul 1.30...naseb baik la aq turn no 4, law org 1st present....mau nangis gak kat situ!
akhirnye selesai gak sume....

2.30, turn aq present..dup dap dup dap je tgk lect semak tugasan kiteorg 2. dah abis present, macam biase lect bg komen. aq da pasrah je time 2....emmm

skali dye cakap 'ok no komen. sumenye lengkap, bagus...'

waaaaaaaa
rase nak menjerit...nak senyum puas2...budak2 kelas dah tepuk tangan....first time kot dye bg komen cm 2 spanjang minggu presentation ni.
aq da kembangggggg terataiiiii....:)
Alhamdulillah....segala penat lelah, tak cukup tidur, berlapar perut, rase nak pengsan, pening sume 2 akhirnye berbaloi...19/20 tau..hehe sempat aq jeling markah yang dye bg 2..

tapi balik je bilik, abis kelas kul 5 ( ade kelas lg ps 2 ), aq tuka pakaian, terus baring..tersangat2 pening. minyak kapak aq letak banyak2 kt kepala....da x pk ape..da  x tgk kiri kanan....
makan petang pun rumate yg tapawkan. aq memang da x larat nak bangun.
10 minit lg kul 7, bangun gak la. sebab rase nk temuntahhhh...tp x kua ape pun, hanya muntah air. maklumlah perut ngah kosong.ps 2 rehat2 jap, urut kepala sendiri...
lepas solat, tataw nape tibe2 terrajin lak nak g renang...terus bersiap!

lagi berita mengenai status nikah di masjid

jika semalam kita dikejutkan dengan kata2 daripada seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh  yang mengatakan menikah di masjid haram kerana menyerupai budaya kristian, hari ini timbul pula suara yang menyatakan sebaliknya.

ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.
Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

kenapa ye boleh jadi macam ni? adakah apa yang mereka lontarkan sebenarnya hanya mengikut logik sendiri, tidak memikirkan aspek lain? kemudian terus membuat kenyataan begitu dan begini...ohhhh tidakkah merasa takut dengan janji2 Allah....? menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal...

* sumber dipetik dr kosmo online

karenah si bongsu

entri ni patutnye da post smalam, tp ntah cmne de hal lak mse 2..tpkse dtunde..huuuu juz nk cite psl adik bongsu aq 2, anys....hehehe
col dye smate2 nk lengkapkan laporan dalam buku Al-Ahya'. kali ni, dye perlu menghafaz surah, membaca buku cerita dan menghafaz doa2 pilihan. dan yang paling penting, solat juga diambil kira, da macam tnda kedatangan plak. law solat, tanda rite, law x solat, pangkah terus...

ok 1st, dengar dye bce hafazan, surah Al-Naba'..emm dye x hafal sume lg, baru hafal sparuh.ok la 2 kan. pas 2 aq komen la bacaan dye sederhana, dan suruh dye tande sendiri kat buku rekod Al-Ahya' 2, bacaannya sederhana..tp dye xnk. dye cakap ' ala kite kan lemahhhhhh '...
alahai adikku....biasanya budak kecik susah nak time kelemahan sendiri, tp adik aq ni...hehhhe dye plak yg menilai diri dye sbg lemah..'la sayang terpulang kat awak ye..nanti awak hafalkan lagi ea surah 2. '

pas 2 tnye dye pasal buku cite plak. mase kat rumah ari 2 sempat la aq membaca dan tulis laporan terus. 4 buah buku perlu dibaca, tp dye sempat bace 3 aje. so yg 1 lg ni aq tnye la dye tulis buku cite ape..dye jawab 'sayang nabi'..aq da pelik, tak pernah jumpe lak buku 2 kat rumah..'eh buku ape 2? ude tak pernah bace pun'. dye jawab' memang la tak ade. kite buat sendiri!'
haaaaa
hehehe
anys, anys....
kecik2 lg da pndai nak mereka judul buku...aq da tergelak...

An-nisa' yg bijak....ude sayang sangat kat awak taw. belajar rajin2, jangan malas2.


* terharu sangat dengan sikapnye yg sudah boleh menerima kenyataan ketiadaan ayah...:( kenapa si kecil ini sangat kuat.....ohhhhh

Monday, March 21, 2011

1 da dapat..1 lagi??

baru tadi berkesempatan g pejabat utk tuntut hadiah..tp cuma 1 yg dapat..dari UNIQUE MOMMA dan penajanya, KUFI SHOPE..dapat hadiah sempena contest SHOWING UR LOVE, dan aq berjaya dapat no 2..alhamdulillah:)
tp...
tp...........
1 lagi hadiah tak sampai lagi...mane dye pergi?
spatutnya dah sampai...
aq da rujuk empunya contest, ( TEKA BISKUT DALAM BALANG ) dan alhamdulillah cik nini bg respon yg baik..
katanya hadiah sudah dipos pd 8hb ari  2...
emmm.....
tp nape x sampai lagi ek?
ok, kite try tnye no pndaftaran pghantaran pos laju 2..t bley tnye trus kt pos laju..
* saye slau wt cmni law barang x sampai..

Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

ohh apakah ini??
saya sangat keliru....dan saya yakin orang ramai akan turut keliru mengenainya..mengapa tiba2 sahaja keluar status ini sedangkan sudah lama masyarakat kita mengamalkannya?? kenapa baru sekarang timbul isu ni? bukankah negara kita punya penceramah agama dan ustaz serta ustazah yang boleh menilai perkara ini dari awal andai ianya benar??
ohhhh saya sangat tidak faham....:(

* sumber dipetik dari kosmo online

terus terang ajelah!!

x paham la nape suka sangat berbasa-basi???
law tugasan 2 lum siap, cakap jela!!!! ni cakap ' sy kt lua ni, nnt malam sy emel k..'..esok2 bila ditanye, cakap ' baru balik ni, malam nnt sy emel..'
wahhhhh bape banyak kali nak bernanti2????
pas 2 siap nk ugut2 ' law nk sy anta cepat, sent emel '.
oitttt hang pasai pa????
dan2 la nk cakap cm 2 plak kt gua!
angin btol la.
da terang2 ari 2 da bgtw sume ahli grup emel 2. tak kan ko sorang je yg xdpt post 2???? name ko yg ke3 kot ps name aq??
da la lantak ko la! aq malas nk layan. pandai2 ko cari emel 2. bb nnt bahagian ko akan di anta kt emel 2 gak nnt, bkn je gamba yg aq nk 2!

sori la cakap kasar nie. aq geram gile tau x?? len kali, bia jujur, cakap ' aq x siap lagi!' xpayahla nak berbasa-basi, then ade yg nk bagi aq sejuk, cakap ' sayang ' plak...weh aq bukan budak2 yg boleh ko pijak sesuka hati! aq ni nampak je lembut tp keras hati, keras kepala! aq pon manusia yg ade hati dan perasaan! diam aq x bermakna aq kalah, tp aq malas nk layan korang yg terlalu banyak lemak!!

Tuesday, March 15, 2011

segalanya untuk manusia berfikir

SENDAI, Jepun - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas tiga hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala Richter yang mengegar Jepun pada Jumaat lalu.
Pada awalnya, sekumpulan askar dari Pasukan Pertahanan Jepun yang sedang mencari mangsa terselamat di kampung Ishinomaki terdengar tangisan seorang bayi. Selepas mengalihkan kepingan kayu, batu dan lumpur tebal, mereka akhirnya menjumpai bayi tersebut.
Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan kenapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.
Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.
Sebelum dia dijumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2,000 mayat di sepanjang pantai di wilayah Miyagi yang paling teruk terjejas.
"Penemuan bayi ini memberi semangat baru kepada pasukan penyelamat. Kami akan mendengar, melihat dan menggali dengan lebih berhati-hati selepas ini," kata salah seorang pegawai tentera terbabit. - Agensi

* dpetik dari kosmo online.

lihatlah betapa besarnye kekuasaan Allah..dijadikan bencana sebegitu dahsyat dan kemudian ditinggalkan seorang bayi yang masih bernyawa, untuk kita sama2 fikirkan. Subhanallah!

jangan mati!!!

             2 beradik bermain di taman. si kakak berusia 13 tahun, dan si adik berusia 9 tahun. ape yg menarik, si kakak terkejut dengan tindakan adiknya yg duduk di tepi parit, walhal parit itu tidak berair, dan seolah2 longkang sahaja lagaknya. tetapi kerna tindakan si adik, si kakak telah menjerit " jangan mati " berulang kali dan menarik adiknya jauh dari parit tersebut.
        oh sandiwara apakah ini? si kakak benar2 takut jika adiknya mati. namun pada perkiraanku, sangat mustahil si adik akan jatuh ke dalam parit 2.
        pemainan sosial mereka, macam ada unsur hormat dan.....tataw lah ape yg sebenarnya..cuma nk bgtw,  sedikit hairan dgn si kakak yg menjerit " jangan mati ".

bila ianya berlaku...

sesuatu yg berlaku sangat mengejutkan...
dan aq pertama kalinya terpaksa membawa motor dr um ke taman perumahan tentera jalan u-thant..
oh semua x diduga..:(

Sunday, March 6, 2011

manusia kulit biawak!

eiii geram!!!!!!!
geram sangat2 ngan manusia berkulit biawak ni
on kipas smpai nk tjatuh kipas 2 bpusing2
nape ar susa sangat nak hormat orang lain?
aq sejuk, ngko panas, law kipas 2 full speednye 5, bukak 3 je dah la
ni nak gak bukak no 5
x adil!
xpernah nak hormat orang lain!
memang kulit biawak ar ko ni!

* kulit biawak~ org yg xtau sejuk. istilah dberi oleh mr T kuase due, mse lower 6...