Showing posts with label dari hati utk dunia. Show all posts
Showing posts with label dari hati utk dunia. Show all posts

Monday, May 16, 2011

16 MEI 2011

Hari ni adalah hari pertama aq praktikal kat TASKA TNB BANGSAR..

dan hari ni adalah kali kedua aq g medical checkup kat HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN

dan yang paling penting.....

hari ini adalah HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru, pensyarah, ustaz dan ustazah di MALAYSIA..

puisi GURU ini amat terkesan di hati aq....bacalah..dan selami isi hati..

Guru O Guru

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(USMAN AWANG, 1979)


Monday, April 4, 2011

kisah mate, hati dan otak

tataw la ape yg aq fikirkan sangat sampai malam tadi tak tidur langsung...pejam mate, fikiran melayang lagi....bukak mate,tgk jam....

3.00 pagi..

5.00 pagi......

6.38 pagi..........

7.03 pagi..............

ohhhh da terlalu lambat untuk tidur...lagipun mate masih belum mengantukkk

bangun dan mandi...terus bersarapan...

kelas lambat lagi...1.30-5.00 petang..

bosan cmni, kelas petang2, mengantuk...
emmmm serba tidak kena

mate, cepatlah tidur!!!
aq perlukan rehat+ tenaga...jap g nak belajar cmne law mengantuk nie?

********

hati   : kenapa u ni mate? u ade masalah ke?

mate : emm xdela..i ok..cuma u je yg x ok.

hati   : eh i plak??

mate : yela u yg bermasalah. sebab u la i tak dapat tidur.

          hati terdiam. diakah yg bermasalah? tiba2 otak menyampuk.

otak  : i penat. macam2 i fikir.

          mate dan hati berpandangan. ketiga2nye mencari penyelesaian. otak memainkan peranan. tapi satu penyelesaian pun xdapat.

hati   : kalau macam ni, kita ambillah mase utk rehat. mate, u tidur ok? otak,u
          pun rehat. jgn fikir yg bukan2. cube tenangkan i. bile u tenang, mate
          pun tidur, pasti i pun dapat rehat 2. lepas 2 barulah otak dapat berfikir
          dengan baik ye..

otak dan mate : baiklah kami setuju. sedia menjalankan tugas. i luv u my  
                       heart!

Saturday, March 26, 2011

titik gempa semakin menghampiri

law xde aktivit pagi2, rutin harian aq bace kosmo online..jimat sket..huhu
tp ade satu berita yg mengejutkan aq.

Titik gempa hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

ohh lihatlah!
betapa Allah semakin mengingatkan kita akan kematian.
namun mengapa manusia sering sahaja lupa dan leka dengan amaranNYA?
macam2 kejadian Allah dah tunjukkan. untuk kita sama2 menginsafi diri dan mendekatkan kita padaNYA. namun masih jua hati ini berbuat maksiat kepadaNYA...
tidak pernahkah kita berfikir, segala kejadian besar itu merupakan amaran Allah kepada masyarakat yang sentiasa melakukan maksiat?? sebagai contoh, kejadian semasa zaman Nabi Luth a.s, dimana masyarakat ketika itu mengamalkan homoseksual hingga Allah membalikkan kawasan di situ, hingga wujudnya Laut Mati..
ohh insaflah wahai diri, wahai bangsaku, wahai umat Nabi Muhammmad...

Friday, March 25, 2011

mimpi ibu muda...

sayang...maafkan ibu nak..ibu terpaksa lakukan ini semua..ibu terpaksa sayangku....

ibu muda itu merintih lagi. dia mencangkung sambil mengusap2 perutnya yg sedikit membulat.
dari matanya, tidak henti2 mengalir air yang jernih..
ibu muda itu berdiri. dia sudah bersedia menjatuhkan dirinya di simen. aku semakin bersebar2.
namun belum pun sempat diri itu tersembam ke simen, aku cepat2 menerpanya. kini diriku pula yang tertindih.sakit! aku tidak kisah. ibu muda dan kandungannya itu harus aku selamatkan.

' kak, jangan buat macam ni. berdosa!'
ibu muda itu pada mulanya terkejut. dia menangis lagi.
' akak terpaksa....'

hanya itu yang keluar dari bibirnya..
aku cuba menenangkan ibu muda itu. penuh diplomasi aku berkata. cuba tidak menyinggung perasaannya. hampir sejam juga aku memujuknya supaya mengikutku. akhirnya dia bersetuju.

aku membawanya duduk di taman berhampiran. dia tidak larat lagi untuk berjalan. namun baju labuhnya berjaya menutupi apa yang terkandung di perutnya kini.
setelah berkenalan antara satu sama lain, baru ku tahu akulah sebenarnya kakak dan dia adik! baru berusia 20 tahun...oh adik bangsaku!

"saya tak rela kak. tp dia memaksa..saya x kuat untuk melawan. saya ni dah macam tempat dia lepaskan nafsu saja." dia pula yang memanggilku kakak.
" mula2 dia ade tolong saye gugurkan, tp skg, dia macam dah lepas tangan. dah macam2 kami buat.tp x berhasil. saya buntu. "
" saya tau benda ni berdosa, haram, tp saya terpaksa. kalau saya x gugurkan,ape akan jd pada saya? pada anak saya ni?" dia meluahkan. masa ni aku mula membebel dalam hati..'tau plak berdosa. tp time buat x pk dulu..tp td dye cakap ape? tak rela?? hmmmm'
" saya keliru. nak teruskan atau gugurkan saja. kalau gugurkan, kat mana plak saya nak letak janin ni. saya x tergamak nak buang merata2.tp kalau saya teruskan, macam mana dengan family saya? diri saya? ohhh saya tak sanggup nak hadapi 2 semua kak...."

dia menangis lagi. aku biarkan. bialah dia melepaskan apa yang terpendam. aku pasti, dia keseorang tika itu, tiada tempat mengadu. mungkin aku saja yang prihatin terhadap nasibnya? entahlah...hanya kebetulan?
aku cuba bersikap rasional. cuba mengetepikan perasaan negatif itu. aku berisgtifar beberapa kali dalam hati sebelum memberikan kata-kata nasihat lagi kepadanya.

" macam nilah. adik tinggal dulu dengan akak. jangan risau. adik selamat.nanti akak daftarkan adik kat tempat2 penjagaan wanita teraniaya, macam Raudatus Sakinah. adik akan mulakan hidup baru kat sana. "
dia menggelengkan kepala....alahai ape lagi yang x kena nihhhh??
" saya masih belajar. x lama lagi saya praktikal. skg ni da 5 bulan. time praktikal nanti dah 7 bulan. macam mana? "
"kalau adik tangguhkan praktikal 2?"
"tak boleh. susah."

aku diam. cuba memikirkan jalan terbaik. ohhhh aku pula yg buntu. perlahan2 aku keluarkan kertas putih yg sudah pun renyuk. kertas 2 aku ambil semasa memimpin keluar ibu muda itu dari tempat dia ingin menjatuhkan diri. ibu muda itu kaget. " eh macam mana akak dapat kertas 2??"
aku tidak membalas. sengaja. dia akhirnya pasrah apabila aku mula khusyuk membaca nukilan dalam kertas itu.

sayangku...ibu minta maaf atas segalanya. bukan ibu sengaja menghapuskan kamu.bukan ibu sengaja mencipta kamu. ini semua bukan kehendak ibu. ibu terpaksa. sayangku....lelaki itu sangat tidak berprikemanusiaan. mana tanggungjawab yg dijanjikan? ibu hanyut dengan kata2nya. sekarang ibu yang merana. seorang diri. seorang diri sayangku!
ibu hanya ada kamu. tapi kamu pun terpaksa ibu hapuskan sebelum sempat kamu melihat dunia. ibu terpaksa nak...ibu terpaksa!
ibu sayangkan kamu nak...tunggu ibu ya...

menitis air mataku...tertahan2..oh aku rasa tidak kuat utk melihat ibu muda itu. timbul rasa kasihan di hati ini. aku tahu dia terseksa. kalau aku pula yang berada di tempatnya....ohhhh tidak!!! nauzubillah....
aku terkenangkan kekasihku. sudah hampir lima tahun kami bersama. oh apakah dia benar2 lelaki bertanggungjawab yang akan menyunting diriku sebagai permaisuri hidupnya? fikiranku terus melayang. wajah kekasih muncul lagi........

" kak, kak...." ibu muda itu mengejutkan aku dari khayalan.

" hoi kau ni dah kenapa? "

aku terkejut. wajah ibu muda tadi kucari.
"ha 2 la tidur x ingat kawan!"

aku hanya mendiamkan diri. oh aku bermimpi rupanya?? aku baring semula. cuba kuingati kisah mimpi tadi. wajah ibu muda itu cuba ku bayangkan. kenapa mesti wujud mimpi macam ni?? aku menyentuh perutku. alahai leper je....xde isi langsung! haha             
tapi mimpi tadiiiii.......