Showing posts with label fonologi alam. Show all posts
Showing posts with label fonologi alam. Show all posts

Friday, May 20, 2011

3 lokasi femes mencari cinta

bukan mudah untuk mendapatkan cinta. dan bukan mudah untuk mencari cinta sejati. bagi yang baru bercinta, pasti sedang melalui detik2 indah. bagaimana pula dengan yang sudah lama bercinta? itu terpulang pada diri masing-masing. jika benar kita mencintai pasangan, maka tidak kisahlah berapa lama pun cinta korang, pasti akan rasa berbunga33 lagi kan..( macam aq ni baru je nak masuk 5 taun..ape prasaan?? heheeh)

ok kat sini aq senaraikan lokasi2 mencari cinta ( yg femes@ kerap berlaku )

- sekolah @ universiti : tempat paling femes la ni kan..sambil belajar, cari jodoh ye orang kate...

- seminar @ program : program contohnye program motivasi , seminar kenaikan pangkat , dan  ape, haa mase ni la ade yang curi-curi pandang pas 2 tercuri hati orang!

- internet : bagi yang dah terlalu taksub ngan permainan cyber, kadang2 boleh terjebak dalam kes cinta ni..

Saturday, April 23, 2011

bacalah walau hanya 1 minit

disebabkan kemalasan utk belajar, aq tergerak hati untuk membaca portal dinar emas, yg disyorkan oleh mbe aq ni...bace 1 artikel..kmudian beralih pd 1 artikel....

bace dan cuba fahami....

untuk kalian, marilah sama2 terjah portal dinar emas...
penting! sila baca dengan hati yg berpegang teguh pd agama ISLAM
ALLAHUAKBAR!!


kamu akan menemui sesuatu di situ!

Friday, April 8, 2011

Letupan Gamma 11 hari

TERKEJUT ngan berita ari ni..LETUPAN GAMMA!
Oh ape yg terjadi sebenarnye? rase takut menyelubungi diri..petanda2 awal kiamat...Ya Allah....

Letupan Gamma 11 hari bingungkan saintis







LOS ANGELES - Letupan kosmik di galaksi yang jauh dari Bumi berlanjutan selama 11 hari telah membuatkan para saintis astronomi berada dalam keadaan kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan itu berlaku kerana letupan sinar Gamma biasanya berlaku hanya beberapa jam.
Letupan Gamma luar biasa itu dirakamkan satelit Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 28 Mac lalu.
Namun, para saintis bingung kenapa kesannya boleh berlanjutan begitu lama.
Lebih seminggu kemudian, mereka masih boleh melihat radiasi berkuasa tinggi terus muncul dari galaksi tersebut. Letupan itu mungkin disebabkan oleh sebutir bintang yang terpecah selepas berada terlalu hampir dengan satu lohong besar di angkasa lepas.
Sejak ia berlaku, Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Chandra X-ray memberi fokus terhadap kesan letupan itu.
Hubble akan memantau sama ada kerak galaksi akan berubah tahap kecerahannya pada tempoh beberapa hari lagi.
Galaksi itu terletak 3.8 bilion tahun cahaya dari Bumi. Setiap tahun cahaya dianggarkan sejauh 9.65 trilion kilometer.

lihatlah manusia...betapa Allah menunjukkan kekuasaanya satu persatu..

* sumber dari kosmo online

Tuesday, March 15, 2011

segalanya untuk manusia berfikir

SENDAI, Jepun - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas tiga hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala Richter yang mengegar Jepun pada Jumaat lalu.
Pada awalnya, sekumpulan askar dari Pasukan Pertahanan Jepun yang sedang mencari mangsa terselamat di kampung Ishinomaki terdengar tangisan seorang bayi. Selepas mengalihkan kepingan kayu, batu dan lumpur tebal, mereka akhirnya menjumpai bayi tersebut.
Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan kenapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.
Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.
Sebelum dia dijumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2,000 mayat di sepanjang pantai di wilayah Miyagi yang paling teruk terjejas.
"Penemuan bayi ini memberi semangat baru kepada pasukan penyelamat. Kami akan mendengar, melihat dan menggali dengan lebih berhati-hati selepas ini," kata salah seorang pegawai tentera terbabit. - Agensi

* dpetik dari kosmo online.

lihatlah betapa besarnye kekuasaan Allah..dijadikan bencana sebegitu dahsyat dan kemudian ditinggalkan seorang bayi yang masih bernyawa, untuk kita sama2 fikirkan. Subhanallah!

jangan mati!!!

             2 beradik bermain di taman. si kakak berusia 13 tahun, dan si adik berusia 9 tahun. ape yg menarik, si kakak terkejut dengan tindakan adiknya yg duduk di tepi parit, walhal parit itu tidak berair, dan seolah2 longkang sahaja lagaknya. tetapi kerna tindakan si adik, si kakak telah menjerit " jangan mati " berulang kali dan menarik adiknya jauh dari parit tersebut.
        oh sandiwara apakah ini? si kakak benar2 takut jika adiknya mati. namun pada perkiraanku, sangat mustahil si adik akan jatuh ke dalam parit 2.
        pemainan sosial mereka, macam ada unsur hormat dan.....tataw lah ape yg sebenarnya..cuma nk bgtw,  sedikit hairan dgn si kakak yg menjerit " jangan mati ".