Tuesday, March 22, 2011

lagi berita mengenai status nikah di masjid

jika semalam kita dikejutkan dengan kata2 daripada seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh  yang mengatakan menikah di masjid haram kerana menyerupai budaya kristian, hari ini timbul pula suara yang menyatakan sebaliknya.

ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.
Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

kenapa ye boleh jadi macam ni? adakah apa yang mereka lontarkan sebenarnya hanya mengikut logik sendiri, tidak memikirkan aspek lain? kemudian terus membuat kenyataan begitu dan begini...ohhhh tidakkah merasa takut dengan janji2 Allah....? menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal...

* sumber dipetik dr kosmo online

No comments:

Post a Comment