Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

ohh apakah ini??
saya sangat keliru....dan saya yakin orang ramai akan turut keliru mengenainya..mengapa tiba2 sahaja keluar status ini sedangkan sudah lama masyarakat kita mengamalkannya?? kenapa baru sekarang timbul isu ni? bukankah negara kita punya penceramah agama dan ustaz serta ustazah yang boleh menilai perkara ini dari awal andai ianya benar??
ohhhh saya sangat tidak faham....:(

* sumber dipetik dari kosmo online

3 comments:

  1. Oh, Awan juga nggak ngerti. (spiking Indon kejap)
    Mengapa fatwa itu baru timbul sedangkan dari dulu lagi orang selalu nikah di masjid. Semoga akan ada lagi penjelasan jelas oleh pihak berwajib.

    ReplyDelete
  2. ehh? ye ke??? biar betol...

    ReplyDelete
  3. awan~ ya itu yg bikin masyarakat konfius..sama2lah kita menanti pjelasan dr pihak tbabit.
    anis~ sy bce kt kosmo online td...tataw la btul ke x..kite tgu jawapannya

    ReplyDelete