Saturday, March 26, 2011

titik gempa semakin menghampiri

law xde aktivit pagi2, rutin harian aq bace kosmo online..jimat sket..huhu
tp ade satu berita yg mengejutkan aq.

Titik gempa hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

ohh lihatlah!
betapa Allah semakin mengingatkan kita akan kematian.
namun mengapa manusia sering sahaja lupa dan leka dengan amaranNYA?
macam2 kejadian Allah dah tunjukkan. untuk kita sama2 menginsafi diri dan mendekatkan kita padaNYA. namun masih jua hati ini berbuat maksiat kepadaNYA...
tidak pernahkah kita berfikir, segala kejadian besar itu merupakan amaran Allah kepada masyarakat yang sentiasa melakukan maksiat?? sebagai contoh, kejadian semasa zaman Nabi Luth a.s, dimana masyarakat ketika itu mengamalkan homoseksual hingga Allah membalikkan kawasan di situ, hingga wujudnya Laut Mati..
ohh insaflah wahai diri, wahai bangsaku, wahai umat Nabi Muhammmad...

2 comments:

  1. Awan berdoa agar negara kita selamat daripada kesan gempa bumi. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. doa orang ramai yg tulus ikhlas sgt3 dperlukan...same2 kita mginsafi diri..

    ReplyDelete