Wednesday, January 5, 2011

mensyukuri nikmat Allah

hujan renyai sejak dr awal pagi..entah kenapa sayu je hati ni melihat nikmat Allah..
betapa Allah sangat sayangkan makhluknya. manusia itu sangat beruntung. Diciptakan tumbuhan agar dapat kita merasai nikmat makanan dan minuman hasil dari tumbuhan tersebut. Dan diciptakan hujan utk menyirami tumbuh-tumbuhan. Alangkah bahgianya penanam2 pokok. Mereka tidak perlu bersusah payah menyirami pokok2 mereka lagi buat seketika waktu. teringat emakku di kampung. katanya, "Alhamdulillah hujan pagi ni. tak payah mak susah2 siram pokok. boleh buat kerja lain." dan emak terus mengambil tempat di tempat jahitannya. sungguh emak terlalu rajin. hampir setiap masa dipenuhkan dengan kerja2 seperti menanam pokok, menjahit, mengemas dan yang paling terbaru ( setelah ayah pulang ke rahmatullah ), emak sangat gemar menghabiskan masanya dengan membaca. sudah bertingkat2 buku yang emak beli..
eh3 salah topik pulakkk..td cite pasal nikmat Allah..sekarang cite pasal mak pulak dahh..hehe takpe la ek..sedap sikit aq nak mengarut pagi2 neh..
cume kt sini nk berkongsi sdikit ilmu..doa untuk mensyukuri nikmat Allah, iaitu doa Nabi Sulaiman..

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Rabbi Auzi'ni An Asy-kura Ni'matakal-lati An 'Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A'mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin".



"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".


"My Lord, bestow me guidance so that I thank you for the favour which You bestowed upon me and my parents, and so that I may perform the good deeds which please You, and by Your mercy include me among Your bondmen who are worthy of Your proximity."


[An-Naml 27:19]

No comments:

Post a Comment