Sunday, March 27, 2011

UMMI AN-NISA' vs UMMU HAYATI

ini cerita masa aq col anys baru2 ni..

memandangkan kami akan dapat anak saudara yg pertama dalam keluarga, jd masing2 da sibuk cari nama gelaran utk dipanggil kpd si anak buah. aq, memang da lame berhajat nak digelar ummi. kepada semua kanak2. nant bile da ade nursery sendiri pin aq still nak dorang panggil aq ummi. tataw la nape aq suke sgt pggilan ni. anys plak, ntah nape turut mahu dpanggil ummi. alahai si kecik niiii..aq ade gak cadangkan supaya dye dgelar 'untie anne', 'mak usu', ataupun 'cik nisa', tp dye xnk...nak gak panggilan ummi. sampai berebut2. last2 dye cakap " ala ude jadi ummu la...ummu hayati "..ps 2 dye siap nyanyikan lagu ummi versi arab 2. cuma panggilan ummi ditukar kepada ummu....eiiii saba jela..huhu
last2 aq mengalah.."ok la anys jadi ummi an-nisa', ude jadi ummu hayati.."
hehe sedap gak kan ummu hayati 2??
UMMI AN'NISA' vs UMMU HAYATI

Saturday, March 26, 2011

titik gempa semakin menghampiri

law xde aktivit pagi2, rutin harian aq bace kosmo online..jimat sket..huhu
tp ade satu berita yg mengejutkan aq.

Titik gempa hampiri Malaysia

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

ohh lihatlah!
betapa Allah semakin mengingatkan kita akan kematian.
namun mengapa manusia sering sahaja lupa dan leka dengan amaranNYA?
macam2 kejadian Allah dah tunjukkan. untuk kita sama2 menginsafi diri dan mendekatkan kita padaNYA. namun masih jua hati ini berbuat maksiat kepadaNYA...
tidak pernahkah kita berfikir, segala kejadian besar itu merupakan amaran Allah kepada masyarakat yang sentiasa melakukan maksiat?? sebagai contoh, kejadian semasa zaman Nabi Luth a.s, dimana masyarakat ketika itu mengamalkan homoseksual hingga Allah membalikkan kawasan di situ, hingga wujudnya Laut Mati..
ohh insaflah wahai diri, wahai bangsaku, wahai umat Nabi Muhammmad...

pas KL SENTRAL, MRR 2 plak!

kamie dingin lagi...huhhuhu
da 3 ari kot x msg..mse mkn td, godeh2 blog skali..tbace la cite psl clash2 nie....haha skali.....msg bbunyi...dye bg....hehe i likeeee!
tp....
tp.......
dye bgtw....
dye jtuh moto lg...
kali ni kt MRR2...
hmmmmm ari 2 kne  kt dpn kl sentral
ari ni kt MRR2 plak
sje je kn nk owg msg....ish hampeh je!
heeeee*-$

* sori la i cpt snsitip smenjak due menjak nie...

Friday, March 25, 2011

mimpi ibu muda...

sayang...maafkan ibu nak..ibu terpaksa lakukan ini semua..ibu terpaksa sayangku....

ibu muda itu merintih lagi. dia mencangkung sambil mengusap2 perutnya yg sedikit membulat.
dari matanya, tidak henti2 mengalir air yang jernih..
ibu muda itu berdiri. dia sudah bersedia menjatuhkan dirinya di simen. aku semakin bersebar2.
namun belum pun sempat diri itu tersembam ke simen, aku cepat2 menerpanya. kini diriku pula yang tertindih.sakit! aku tidak kisah. ibu muda dan kandungannya itu harus aku selamatkan.

' kak, jangan buat macam ni. berdosa!'
ibu muda itu pada mulanya terkejut. dia menangis lagi.
' akak terpaksa....'

hanya itu yang keluar dari bibirnya..
aku cuba menenangkan ibu muda itu. penuh diplomasi aku berkata. cuba tidak menyinggung perasaannya. hampir sejam juga aku memujuknya supaya mengikutku. akhirnya dia bersetuju.

aku membawanya duduk di taman berhampiran. dia tidak larat lagi untuk berjalan. namun baju labuhnya berjaya menutupi apa yang terkandung di perutnya kini.
setelah berkenalan antara satu sama lain, baru ku tahu akulah sebenarnya kakak dan dia adik! baru berusia 20 tahun...oh adik bangsaku!

"saya tak rela kak. tp dia memaksa..saya x kuat untuk melawan. saya ni dah macam tempat dia lepaskan nafsu saja." dia pula yang memanggilku kakak.
" mula2 dia ade tolong saye gugurkan, tp skg, dia macam dah lepas tangan. dah macam2 kami buat.tp x berhasil. saya buntu. "
" saya tau benda ni berdosa, haram, tp saya terpaksa. kalau saya x gugurkan,ape akan jd pada saya? pada anak saya ni?" dia meluahkan. masa ni aku mula membebel dalam hati..'tau plak berdosa. tp time buat x pk dulu..tp td dye cakap ape? tak rela?? hmmmm'
" saya keliru. nak teruskan atau gugurkan saja. kalau gugurkan, kat mana plak saya nak letak janin ni. saya x tergamak nak buang merata2.tp kalau saya teruskan, macam mana dengan family saya? diri saya? ohhh saya tak sanggup nak hadapi 2 semua kak...."

dia menangis lagi. aku biarkan. bialah dia melepaskan apa yang terpendam. aku pasti, dia keseorang tika itu, tiada tempat mengadu. mungkin aku saja yang prihatin terhadap nasibnya? entahlah...hanya kebetulan?
aku cuba bersikap rasional. cuba mengetepikan perasaan negatif itu. aku berisgtifar beberapa kali dalam hati sebelum memberikan kata-kata nasihat lagi kepadanya.

" macam nilah. adik tinggal dulu dengan akak. jangan risau. adik selamat.nanti akak daftarkan adik kat tempat2 penjagaan wanita teraniaya, macam Raudatus Sakinah. adik akan mulakan hidup baru kat sana. "
dia menggelengkan kepala....alahai ape lagi yang x kena nihhhh??
" saya masih belajar. x lama lagi saya praktikal. skg ni da 5 bulan. time praktikal nanti dah 7 bulan. macam mana? "
"kalau adik tangguhkan praktikal 2?"
"tak boleh. susah."

aku diam. cuba memikirkan jalan terbaik. ohhhh aku pula yg buntu. perlahan2 aku keluarkan kertas putih yg sudah pun renyuk. kertas 2 aku ambil semasa memimpin keluar ibu muda itu dari tempat dia ingin menjatuhkan diri. ibu muda itu kaget. " eh macam mana akak dapat kertas 2??"
aku tidak membalas. sengaja. dia akhirnya pasrah apabila aku mula khusyuk membaca nukilan dalam kertas itu.

sayangku...ibu minta maaf atas segalanya. bukan ibu sengaja menghapuskan kamu.bukan ibu sengaja mencipta kamu. ini semua bukan kehendak ibu. ibu terpaksa. sayangku....lelaki itu sangat tidak berprikemanusiaan. mana tanggungjawab yg dijanjikan? ibu hanyut dengan kata2nya. sekarang ibu yang merana. seorang diri. seorang diri sayangku!
ibu hanya ada kamu. tapi kamu pun terpaksa ibu hapuskan sebelum sempat kamu melihat dunia. ibu terpaksa nak...ibu terpaksa!
ibu sayangkan kamu nak...tunggu ibu ya...

menitis air mataku...tertahan2..oh aku rasa tidak kuat utk melihat ibu muda itu. timbul rasa kasihan di hati ini. aku tahu dia terseksa. kalau aku pula yang berada di tempatnya....ohhhh tidak!!! nauzubillah....
aku terkenangkan kekasihku. sudah hampir lima tahun kami bersama. oh apakah dia benar2 lelaki bertanggungjawab yang akan menyunting diriku sebagai permaisuri hidupnya? fikiranku terus melayang. wajah kekasih muncul lagi........

" kak, kak...." ibu muda itu mengejutkan aku dari khayalan.

" hoi kau ni dah kenapa? "

aku terkejut. wajah ibu muda tadi kucari.
"ha 2 la tidur x ingat kawan!"

aku hanya mendiamkan diri. oh aku bermimpi rupanya?? aku baring semula. cuba kuingati kisah mimpi tadi. wajah ibu muda itu cuba ku bayangkan. kenapa mesti wujud mimpi macam ni?? aku menyentuh perutku. alahai leper je....xde isi langsung! haha             
tapi mimpi tadiiiii.......

menu wajib ke pasar malam

jumaat malam sabtu, mmg de pasa malam kt stesen u ni..so aq ngan mbe aq g la, jalan kaki je...haha dekat xdekat la, lbey kurang 30 minit gak jln kaki 2..kbetulan air xde, so g la blanje kt pasar...

skg ni tataw la npe aq kurang mkn nasik..my nasik kt DM 2 keras kot..huhu
law kt umah, tau ngap je..mklumla kan kt uma, ade ikan masin, wt pyedap rase..ade ulam ulaman...sgt sdp!

law g pasar, ha 3 mkanan fevret ni mst kne beli..keropok lekor losong, rangka ayam ngan air kelapa....ohhhh sy sgt3 like:)
mkn2 cmni pon da wt aq kenyang..xyah mkn nasik. dala jln kaki kn...so scare xlangsung, bkurang lagila lemak kt badan aq ni...ngeh3...


* org cm aq ni, patut kne dibelai dimanje..bio btambah gemuk...huhu..sdey bile org ckp kamu ni kecik sgt laaaa....waaaa sy x kecik!!

Tuesday, March 22, 2011

peningku berbaloi

gara2 menyiapkan asigment Pendidikan Inklusif, kepala aq da tersengat2 kepeningan. ditambah pula dengan perut kosong dari pagi sebab x sempat makan...wah dahsyat tol asigment kali ni..

smalam tidur kul 3, bangun kul 6.30 ps 2 g sapan, sempat makan roti canai sekeping. pas 2 terus sambung wt asigment lagi..
jadi kelam kabut bila kena combine kan ape yg aq da wt ngan mbe aq wt, sebab ni tugasan bpasangan. nak edit2 lagi..da kul bape kan..da siap, g cari tempat print lak. dari satu tempat ke satu tempat, ade je masalah. ade tokei print yg xde kt bilik la, ink abs la, only black n white la...g cc kolej, lorrr mesin printer pon x dapat lagi! aissshhhhh

last2 tpakse gak tebalkan muke g print kat bilik subby( pegawai ). tp 2 pon cume dapat print muke depan yg bwarne. nk print handout, xbleh plak....aduh! tataw la npe bile tuka background, jd blank page plak...banyak kali cuba, x menjadi....
terpaksa balik bilik dan buat semula!

kali ni wat slide background putih je. ok setel. siap2 terus g fakulti. ingatnye sempatla kan nak print n ptostet kat fac, upe2nye x sempat gak....alahaiiiiii
mase dalam kelas, terpakse la curi2 keluar nk g print ngan ptostet, sebab kedai 2 bukak blek kul 2. kelas aq 2 start kul 1.30...naseb baik la aq turn no 4, law org 1st present....mau nangis gak kat situ!
akhirnye selesai gak sume....

2.30, turn aq present..dup dap dup dap je tgk lect semak tugasan kiteorg 2. dah abis present, macam biase lect bg komen. aq da pasrah je time 2....emmm

skali dye cakap 'ok no komen. sumenye lengkap, bagus...'

waaaaaaaa
rase nak menjerit...nak senyum puas2...budak2 kelas dah tepuk tangan....first time kot dye bg komen cm 2 spanjang minggu presentation ni.
aq da kembangggggg terataiiiii....:)
Alhamdulillah....segala penat lelah, tak cukup tidur, berlapar perut, rase nak pengsan, pening sume 2 akhirnye berbaloi...19/20 tau..hehe sempat aq jeling markah yang dye bg 2..

tapi balik je bilik, abis kelas kul 5 ( ade kelas lg ps 2 ), aq tuka pakaian, terus baring..tersangat2 pening. minyak kapak aq letak banyak2 kt kepala....da x pk ape..da  x tgk kiri kanan....
makan petang pun rumate yg tapawkan. aq memang da x larat nak bangun.
10 minit lg kul 7, bangun gak la. sebab rase nk temuntahhhh...tp x kua ape pun, hanya muntah air. maklumlah perut ngah kosong.ps 2 rehat2 jap, urut kepala sendiri...
lepas solat, tataw nape tibe2 terrajin lak nak g renang...terus bersiap!

lagi berita mengenai status nikah di masjid

jika semalam kita dikejutkan dengan kata2 daripada seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh  yang mengatakan menikah di masjid haram kerana menyerupai budaya kristian, hari ini timbul pula suara yang menyatakan sebaliknya.

ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.
Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

kenapa ye boleh jadi macam ni? adakah apa yang mereka lontarkan sebenarnya hanya mengikut logik sendiri, tidak memikirkan aspek lain? kemudian terus membuat kenyataan begitu dan begini...ohhhh tidakkah merasa takut dengan janji2 Allah....? menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal...

* sumber dipetik dr kosmo online