Monday, February 14, 2011

fahami aku sayang...

mengapa diri ini terlalu sukar untuk difahami
juga untuk dimengerti
mengapa diri ini terlalu sukar untuk meluahkan rasa
hanya mampu berkata-kata di dada
membisik setiap amarah
sakitnya tingkah ini tuhan..

meski kita sudah hampir 5 tahun bersama
ini tidak bererti kita saling mengenali
tidak juga cukup kuat untuk kita saling memahami
tika ini diriku sakit
namun kau seolah tidak mahu mengerti
AKU SAKIT!
TOLONGGG!!
aku hanya mahu difahami
aku jua mahu dihormati
sayangku..
tolonglah tunjukkan kewibawaanmu
andai benar kau mencintaiku..

No comments:

Post a Comment