Tumit kaki pecah seringkali dikaitkan dengan wanita yang sudah berumah tangga. Namun tidak kurang juga turut dihadapi oleh remaja atau pun anak gadis. Masalah ini terjadi apabila wujudnya rekahan2 halus pada tumit. Dan biasanya kulit akan berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.
Pada peringkat awal, rekahan2 halus tidak akan menimbulkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang. Lebih2 lagi jika kamu seorang yang amat menitikberatkan soal kesihatan dan kebersihan diri. sekiranya tidak diberikan rawatan, masalah akan menjadi bertambah teruk lebih2 lagi jika rekahan mula berdarah kerana ia mudah mendapat penyakit.
PUNCA MEREKAH
Berpunca daripada proses xerosis iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ini menyebabkan kurangnya lembapan kulit di bahagian tersebut dan kelenjar peluh yang semakin kurang aktif seiring dengan penambahan usia.
Turut dikaitkan dengan faktor seperti berdiri terlalu lama dalam satu2 masa, kegemukan yang memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemakpada tumit, memakai kasut yang tidak bertutup belakang, bentuk kaki terlalu leper, aktif dengan aktiviti lasak dan juga faktor pemakanan.
LANGKAH2 PENJAGAAN
1. Kasut yang sesuai
- pilihlah jenis kasut yang sesuai dengan ukuran kamu. Pastikan jangan terlalu ketat. Elakkan memakai kasut yang diperbuat daripada bahan plastik kerana boleh menyebabkan kaki cepat panas dan berpeluh. Pastikan juga stokin yang dipakai digantikan setiap hari.
2. Batu pumis & batu sungai
- rajin2lah melakukan pengelupasan kerak pada kulit kaki. Gunakan sahaja batu sungai atau batu pumis ( boleh didapati di farmasi ) untuk menggosok bahagian tumit kaki. Gosok dengan lingkaran berputar, membentuk lingkaran kecil pada tumit.
3. Rendam kaki dengan air suam
- rendamkan kai ke dalam air suam yang telah dicampurkan dengan garam bagi tujan menyingkirkan sel-sel kulit mati selain dapat menghilangkan rasa lenguh2 pada kaki. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, boleh campurkan sedikit minyak zaitun pada air rendaman.
4. Losyen
- Jangan lupa juga untuk menyapu losyen yang mengandungi formula AHA ( Alpha Hydroxy Acid ) atau jeli petroleum untuk melembutkan bahagian tumit kaki. ( pastikan anda membasuh kaki terlebih dahulu.)
5. Rawatan tradisional
- antaranya, gunakan daun lidah buaya( gosok pada tumit ), lumur dengan asam jawa, guna getah betik muda. walau bagaimanapun, petua orang dulu2 yang paling terkenal ialah menggunakan kelapa parut yang dicampurkan dengan garam. caranya, gosokkan campuran kelapa dan garam hingga rata ke seluruh tumit yang merekah. kemudian cuci kaki hingga bersih. lakukan selama tiga kali seminggu. InsyaAllah, dapat menghilangkan rekahan dalam masa terdekat.
* sekadar berkongsi hasil pembacaan. sumber: dara,edisi 88,okt 2009.
No comments:
Post a Comment