Tuesday, February 22, 2011

kota metropolitan itu

Pekat malam terus berlabuh
namun tiada langsung bunyi gersik sang unggas
yang ada hanya bunyi kecanggihan teknologi
oh kota metropolitan ini
berbeza sungguh dengan keadaan kampung
keadaan kampung yang bilamana malam menyapa
sang unggas mula dengan gemersiknya
damai sahaja yang dirasa.

kota metropolitan ini
tidak pernah lekang dengan makhluk yang berjaga
silih berganti mereka tanpa paksa
masing2 dengan keseronokan
masing2 mencari hiburan.

kota metropolitan itu semakin sesak
dengan ragam manusia yang penuh agenda
tersirat segala kata
tersurat segala-gala.

dan kala ini kota metropolitan itu terus hanyut
dibuai makhluk berjaga
hingga tiada kesudahnya
walau penat, dia tiada daya
dia tiada cereka...

No comments:

Post a Comment